Sunday, October 10, 2010

Renang bak duyung.

Rupanya bila kita dapat mengawal perasan dari rasa takut dan gementar, kita dapat lakukan sesuatu yang selama ini kita tak mampu buat.

Tau ke apa yang aku dapat buat? Aku dah pandai berenang, haha erkk sebenarnya bukan berenang tapi lebih kepada menyelam dan renang dari dalam air. Maksud aku bukan gaya bebas lah.

Sebenarnya aku pergi Sunway Lagoon semalam dengan isteri aku, last aku pegi sekitar tahun 2003 kot…aahh dah lupa la.

Aku memang tak pandai berenang dari kecil, sebab aku pernah lemas dulu, jadi sampai hari semalam aku still rasa takut. Tapi entah macam mana, masa aku dalam kolam, isteri aku cuba tarik aku dari depan, kemudian aku tarik nafas terus aku kuak kan tangan dari depan ke balakang perlahan. Tiba2 aku terus dapat menyelam dan berenang, pelik jugak. Aku nak try buat sekali lagi, tapi kali ni aku nak bukak mata pulak, memang jadi…memang boleh berenang. Aku tarik nafas dalam2 terus menyelam, dapat laa pergi dalam jarak 3 depa orang dewasa, berapa kaki arr? Lepas tu aku asyik menyelam jek, wahh sangat la best kan..

Lepas tu aku terus belagak la dengan isteri aku, muahahha hebat.. Akibatnya bahagian lengan dan belakang bahu aku terasa sakit, terpaksa mintak tolong isteri urut lah. Lain kali tak boleh belagak, sebab nak mintak tolong pulak.

Friday, October 8, 2010

Sopan...

Tutup mulut separuh dari hidung dengan sepenuh tapak tangan kiri.

Ermm... Mungkin dia mencungkil gigi, biasa laa lepas makan.

"Tuttt...Tuttt..." (Bunyi telefon)

Dia angkat telefon guna tangan kiri.

Magic!!

Jari telunjuk kanan dalam lubang hidung.

erkk...?

Tuesday, October 5, 2010

Sangat pengotor, ok..!!

Setiap kali aku balik dari kampung, aku mesti singgah gerai pasembor (rojak) di bangunan Larut Matang dekat area Taiping. Bagi aku rojak tu sedap, sebab dari kecik aku makan dekat situ, tapi isteri aku cakap rojak dekat area SS15 Subang lagi sedap. Tapi yang dekat area SS15 tu lagi tak hengat, beratur panjang gila...Mana2 pun takpe sebab aku memang suka makan. Ok, seperti biasa parking kereta bersebelahan gerai satay, sementara isteri aku tunggu dalam kereta.

10 minit dah siap, isteri aku bagi tau aku, dia nampak pakcik dari gerai minuman di situ tak basuh gelas yang di minum oleh pelanggan beliau. Dia cuma kutip kemudian simpan dalam besen besar, jadi bila ada pelanggan baru datang nak pesan air milo contohnya, pakcik (tuan gerai) tadi mencari jika ada gelas yang dari bekas sisa air milo tadi untuk bancuh air milo yang baru. Jadi dia dah tak payah susah2 nak basuh, mudah kan...yekkk..!!!!

Thursday, September 30, 2010

Beginilah jika ramai pekerja wanita di pejabat.

Owh baru aku tau, kalau budak2 kecik cepat berjalan, ini bermakna gigi dia tumbuh banyak. Kalau lambat berjalan, bermakna gigi dia sikit. Patut la orang tua2 yang dah takde gigi tu asyik duduk dalam rumah je kan...sebab diaorg dah malas berjalan. Betul tak..?

Sudah lah makcik2 sekalian, telinga saya sudah mengalir darah lagi ni.

Sunday, September 26, 2010

Jemput makan di kedai saya

Dulu time aku kecik2, bila hujung bulan adalah perkara paling best yang aku tertunggu2 sangat. Sebabnya, mak aku akan pegi kedai runcit Pak Cik Sya'ari untuk nak beli barang2 dapur. Aku sanggup ponteng kelas mengaji Al-Qur'an, sanggup skip cerita Blue Blink atau He-Man. Aku akan bagi bermacam2 alasan untuk aku temankan mak aku, walaupun mak aku tak bagi aku ikut.

Zaman aku kecik2 dulu kalau ponteng mengaji, ustaz akan cari bapak aku, tanya kenapa aku tak datang mengaji. Kalau betul aku tak sihat, ok la. Tapi kalau ponteng punya kes...siap... Dengan bapak aku pun kena rotan, esok tu pulak dengan ustaz pun kena jugak. Aku ingat lagi masa memula bapak aku nak hantar aku untuk join kelas mengaji Al-Qur'an. Bapak aku mesti cakap...

"Ustaz...ajaqlah anak saya ni sampai pandai, buat la macam anak sendiri. Kalau degil pukul lah, rotan pun takpa, jangan sampai cacat cela sudah."

Haa...gila tak? Best kan...aku bape kali kena...setakat rotan ngan pelempang dengan ustaz ni biasa la. Member aku bukan setakat pelempang, kena tendang pun ada, muakaka... Tapi jangan cuba mengadu kat bapak aku bila aku kena rotan dengan ustaz, sebab bapak aku akan cakap, padan muka hang..!! Ok cerita lain.

Sebab apa time beli barang dapur tu best sangat?? Sebab sambil beli barang aku boleh makan apa saja benda yang aku nak makan!!! Haa!!! Best tak?? Keropok, coklat, gula2, air botol ice cream soda, ice cream, asam masin...haaa cakap jek apa yang tak pernah aku makan. Semua aku makan, tapi aku tak mencuri simpan dalam poket, aku cuma makan jek. Time nak makan tu aku akan bagi tau kat Pak Cik Sya'ari macam ni.

"Nanti Pak Cik kira sekali tau dengan barang semua ni..."

Baru la konfiden nak makan kan...

Heheh...time nak kira harga barang dapur semua tu, Pak Cik Sya'ari terlupa kira jumlah benda yang aku makan tadi. Aku pun buat2 lupa la jugak. Maklum laa bebudak lagi, sekolah rendah kan yabedabedoo la jawabnya.

Semalam aku pegi Mydin Subang, beli barang dapur. Tapi aku tak buat la perangai macam tu lagi. Aku harap anak aku nanti tak sama macam aku, walaupun barang kat hypermarket lagi heaven...

Thursday, September 23, 2010

Barangkali mereka sudah pekak agaknya...

Ha..kan aku dah cakap...aku dah mula nak mengkritik orang la ni, boleh tak jangan cakap dengan nada yang kuat sampai orang yang tak tau pun boleh tau cerita kamu? Cakap je la dengan nada suara yang rendah, sebab korang bersembang dua orang je kan. Sebab aku tak nak dengar apa yang korang cakap. Koklea aku boleh rosak bila dengar cerita2 merepek kamu. Satu lagi, bila korang nak dengar lagu atau apa2 saja berkaitan dengan pengeluaran bunyi dari pembesar suara kamu, tolong la perlahankan atau sila guna headfone supaya tidak mengganggu tahap keselesaan aku. Aku pening la dengar bunyi bingit dari pembesar suara kamu yang tiada kualiti bunyi.
Aku dah semakin berang...atau beruang. Aku pun tak pasti.

Wednesday, September 22, 2010

Hai Encik Krabs

Ada beberapa keping gambar yang sempat aku ambik di sekitar pantai di Miri sebelum aku balik ke semenanjung. Gambar gumpalan pasir yang halus tu sebenarnya hasil daripada kerja buatan tangan Encik Krabs, sebenarnya beliau sedang dalam proses membuat restoran dari dalam pasir di daerah Bikini Bottom. Jadi kerja2 mengorek lubang adalah di lakukannya sendiri tanpa bantuan SpongeBob, Squidward, Patrick, Gary, Sandy mahu pun Plankton. Selepas mengorek, lebihan pasir tersebut digumpalkan kemudian di campakkan di sekeliling permukaan bumbung restoran beliau.
Kalau di amati dengan betul ternyata terlalu banyak gumpalan pasir bukan? Ya! Memang banyak pun, aku ada sempat merakam kerja2 menaik taraf di kejiranan beliau, tapi rakaman video dari kategori amatur seperti aku agak kurang memuaskan. Oleh itu aku tidak jadi untuk di pratontonkan kepada kamu, lain kali saja lah.